Tuesday, May 12, 2020

3 SIMPTOM CLUTCH HABIS



Up Topic hari ni berkenaan clutch kereta habis. Apa yang habis sebenarnya?? ia sebenarnya merujuk kepada permukaan clutch yang haus akibat geseran melampau pada gearbox.

Kebiasaanya "clutch habis" ni tergolong pada gearbox manual sahaja. Permukaan clutch yang sepatutnya mempunyai cengkaman telah hilang kemampuannya disebabkan dengan faktor geseran yang terlalu tinggi. Sebelum clutch habis, ada beberapa simptom akan terjadi dan biasa pemilik kereta akan menyedari akan simptom ini. 

Tidak seperti gearbox automatic, kebanyakan model kereta jenis ini mempunyai "dipstik" untuk menyukat paras minyak ATF di dalam gearbox.  Manakala gearbox manual agak sukar untuk memeriksa paras minyak gearbox sendiri dan kebiasaannya perlukan bantuan dari mekanik untuk memeriksa. Perlu diingat, kualiti pelincir juga diambil kira untuk kualiti dan jangka hayat komponen dalam gearbox, disebabkan faktor ini ramai pemilik kereta tidak endah akan perkara ini.


3 Simptom Menunjukkan Clutch Kereta Bakal Diganti !

1. Terasa Hilang Kuasa - Sekiranya kereta terasa berat, kurang pickup sedangkan anda sangat menjaga jadual servis kenderaan maka yakin lah kemungkinan besar clutch anda telah hausss ! kuasa kereta akan terasa lemah berbanding sebelum ketika ingin memotong atau memecut kenderaan lain, Perbezaan ini akan ketara sangat. 



2. Enjin Terasa Meraung Ketika Memandu - Sekiranya anda mendengar perbezaan bunyi yang ketara ketika memandu, enjin seakan meraung kuat sedangkan anda memandu pada kelajuan yang sama (maintain) itu juga adalah tanda clutch telah mula haus. ! 

Untuk kepastian, cuba perhatikan RPM semasa memandu. Jika jarum RPM menunjukkan paras yang lebih tinggi dari biasa untuk kelajuan yang sama, maka hal ini tidak syak lagi. 



3. Kurang Daya Mendaki - Kereta dah mula rasa semput? berbanding sebelum ini tidak pernah ada masalah untuk mendaki tetapi kali ini rasa kurang powwer, bermakna clutch dalam gearbox dah mula terjejas prestasinya. 

kehausan yang berlaku pada clutch plate membuatkan jentera anda tidak mampu memberikan sepenuh kuderat dengan prestasi yang maksima. Malahan prestasi ini menurun dengan lebih ketara lagi berbanding ketika clutch dalam keadaan baik !


Jika jentera kesayangan anda telah menunjukkan salah satu tanda simptom-simptom diatas.. Sebaiknya anda dah mula servey bengkel serta harga pasaran alat ganti ini. Setiap model kereta, harga alat ganti serta upah bagi setiap bengkel adalah berbeza. Awas Pada Produk TIRUAN ! 


Untuk Model Kenderaan dari Proton & Perodua Boleh semak harga DISINI

Dijamin Produk Berkualiti