Wednesday, December 15, 2021

5 SEBAB PUNCA TIMING BELT KERETA PUTUS !

Salam Sejahtera.. 

Alhamdulillah masih berkesempatan untuk membuat perkongsian berkenaan teknikal dan ragam kereta. Kali ni admin nak share satu perkara yang sering pelanggan bertanya macam mana PUNCA TIMING BELT BOLEH PUTUS ?? 
.
.
Sebenarnya, banyak punca boleh berlaku dan diantaranya adalah sebab Sudah tertulis dalam luh mahfus (dah ketentuan illahi) hehehe.. boleh ke? macam lepas tangan pulak kan... 



Ok, secara ringkas boleh dikatakan ada 5 faktor utama punca Timing Belt kereta boleh putus seperti yang diberitahu oleh Mekanik dan beberapa bahan bacaan internet lain. 

1. TIMING BELT (Tali sawat pemasaan) TELAH UZUR 

 - Mungkin ramai dikalangan kita yang belum tahu, jangka hayat     timing belt adalah sehingga 95,000 km sahaja, tetapi kita sering     dinasihatkan oleh mekanik yang mahir supaya tukar bila sampai         hayat 80,000km. Ini adalah kerana pusingan enjin tetap berlaku       walaupun kereta anda masih belum jalan sama ada kesesakan lalu   lintas, menunggu seseorang, dipersimpangan lampu isyarat atau   ketika sesi memanas enjin waktu pagi. 


2. KERAP MEMANDU DALAM JARAK DEKAT 

- Kereta yang selalu bergerak dalam jarak dekat sering mengalami      masalah timing belt putus. Teksi adalah calon terbaik untuk kategori      ini. Selain itu, tabiat tidak panaskan enjin dan memandu dalam            keadaan terlampau sejuk turun mengundang masalah ini.


3. KERAP MEMANDU TERLAMPAU LAJU 

- Bagi mengelakkan kerosakan yang cepat pada timing belt, adalah
dinasihatkan supaya memandu dengan mematuhi had laju yang        ditetapkan oleh kerajaan. 


4. MEMANDU DI JALAN YANG BERDEBU DENGAN KERAP

- Mungkin tak masuk akal, tapi itulah hakikatnya, debu-debu yang    terlalu banyak pada timing belt boleh merosakkan komponen enjin lain.


5.  TIMING BELT TERKENA MINYAK

- Timing belt yang terkena minyak boleh mengembang dengan              jayanya dan menjadikannya tidak kuat. Perhatikan jika ada                kebocoran minyak pada enjin terutamanya disebelah kiri semasa
kita menghadap enjin. Awas ! jangan anggap benda begini remeh. 


Diharap sedikit info ini dapat memberi manfaat kepada anda semua, semoga kita juga dipelihara dari segala musibah yang memudaratkan.. 

Jangan lupa bantu admin SHARE info pada kenalan anda agar manfaatnya dapat dikongsi bersama 









 
 

Thursday, October 21, 2021

TIPS BASIC PENJAGAAN KERETA

Salam Sejahtera, Alhamdulillah.. kali ni admin share Tips Penjagaan Teknikal Kereta dan admin percaya ramai dikalangan kita telah mengetahui tips ini, dan ini bukan bermakna kita boleh abaikan begitu saja.. 

Admin harap dapat share posting ini supaya boleh memberi manfaat kepada mereka yang belum mengetahui tentang tips ini.


















admin mampu share info, segalanya terletak pada diri sendiri, nasihat admin, dapatkan nasihat dan panduan dari mereka yang bertauliah, gunakan alat ganti yang dipercayai dan original. Awas Scammer dan Penipu alat ganti ! 


















Wednesday, February 17, 2021

Disc Rotor Sport Buatan Tempatan 100%

 

Assalamualaikum,

Dah lama tak bersiaran kat sini, bukan tak aktif cuma jarang-jarang ada kesempatan update input disini. 

Ok, kali ni admin nak share antara produk keluaran #Proride. Admin pasti ramai dah mengenali proride, sebut proride je semua mesti teringat Absober kan ?? Tau tak proride juga ada keluarkan produk Disc Rotor Sport ?? yang ada lubang-lubang tu... High Perfomance lagi... cengkaman lebih padu !




Jentera anda akan lebih ensem dan nampak lebih garang dengan disc rotor sport ini..rata-rata pelanggan yang telah memilikinya berpuas hati dengan kualiti produk dari proride ni. 


Limited edition Disc rotor ni cuma pada model-model terpilih sahaja, Proton & Perodua sahaja


  • Proton Saga, Iswara, Wira, Satria 1.3/1.5 
  • Proton Gen2, Persona, Waja, Saga BLM, Savvy 
  • Perodua Kancil, Kelisa, Kenari, Myvi (Habis stok) 

Untuk Model Perodua Myvi antara yang terlaris dipasaran, "King" nak pakai sapa boleh larang kan? heheh..  model-model lain yang tersenarai InsyaAllah stok masih ada.

Harga Market Produk Panas ni sekitar RM330-380 per set. Memandangkan admin ada sikit connection dengan Kilang, InsyaAllah harga boleh runding sampai jadi ! 

Kenapa bayar lebih, kalau boleh beli dengan harga Kilang !!! tambah-tambah musim PKP ni, semua orang akan pilih untuk berjimat. 

Berapa Harga yang ditawarkan ??? 

OFFER Harga Serendah RM2xx sahaja per set 



📌 COD Seksyen 7 Shah Alam / GM Klang 
📦 Postage Seluruh Pelusuk Dunia 

Sementara stok tengah ada ni, hati pun dah mula meronta untuk memilikinya, jangan tunggu lama, wasap admin sekarang untuk info lebih lanjut . 

👇👇