Wednesday, December 15, 2021

5 SEBAB PUNCA TIMING BELT KERETA PUTUS !

Salam Sejahtera.. 

Alhamdulillah masih berkesempatan untuk membuat perkongsian berkenaan teknikal dan ragam kereta. Kali ni admin nak share satu perkara yang sering pelanggan bertanya macam mana PUNCA TIMING BELT BOLEH PUTUS ?? 
.
.
Sebenarnya, banyak punca boleh berlaku dan diantaranya adalah sebab Sudah tertulis dalam luh mahfus (dah ketentuan illahi) hehehe.. boleh ke? macam lepas tangan pulak kan... 



Ok, secara ringkas boleh dikatakan ada 5 faktor utama punca Timing Belt kereta boleh putus seperti yang diberitahu oleh Mekanik dan beberapa bahan bacaan internet lain. 

1. TIMING BELT (Tali sawat pemasaan) TELAH UZUR 

 - Mungkin ramai dikalangan kita yang belum tahu, jangka hayat     timing belt adalah sehingga 95,000 km sahaja, tetapi kita sering     dinasihatkan oleh mekanik yang mahir supaya tukar bila sampai         hayat 80,000km. Ini adalah kerana pusingan enjin tetap berlaku       walaupun kereta anda masih belum jalan sama ada kesesakan lalu   lintas, menunggu seseorang, dipersimpangan lampu isyarat atau   ketika sesi memanas enjin waktu pagi. 


2. KERAP MEMANDU DALAM JARAK DEKAT 

- Kereta yang selalu bergerak dalam jarak dekat sering mengalami      masalah timing belt putus. Teksi adalah calon terbaik untuk kategori      ini. Selain itu, tabiat tidak panaskan enjin dan memandu dalam            keadaan terlampau sejuk turun mengundang masalah ini.


3. KERAP MEMANDU TERLAMPAU LAJU 

- Bagi mengelakkan kerosakan yang cepat pada timing belt, adalah
dinasihatkan supaya memandu dengan mematuhi had laju yang        ditetapkan oleh kerajaan. 


4. MEMANDU DI JALAN YANG BERDEBU DENGAN KERAP

- Mungkin tak masuk akal, tapi itulah hakikatnya, debu-debu yang    terlalu banyak pada timing belt boleh merosakkan komponen enjin lain.


5.  TIMING BELT TERKENA MINYAK

- Timing belt yang terkena minyak boleh mengembang dengan              jayanya dan menjadikannya tidak kuat. Perhatikan jika ada                kebocoran minyak pada enjin terutamanya disebelah kiri semasa
kita menghadap enjin. Awas ! jangan anggap benda begini remeh. 


Diharap sedikit info ini dapat memberi manfaat kepada anda semua, semoga kita juga dipelihara dari segala musibah yang memudaratkan.. 

Jangan lupa bantu admin SHARE info pada kenalan anda agar manfaatnya dapat dikongsi bersama 









 
 

No comments:

Post a Comment